MARI SERTAI

Sunday, April 14, 2013

LATIHAN TATABAHASA 5 :KATA ADJEKTIF

    1.    Ayah saya menggunakan pisau yang _________ untuk menyembelih ayam.
    a)   tumpul              
    b)   baharu            
    c)     tajam                              
    d)  panjang
    2.   Balai raya di kawasan perumahan saya terletak  tidak ____________ dari balai bomba.
    a)    jauh                     
    b)    dekat           
    c)  samping                      
    d)  hampir
    3.   Rasa buah mangga itu _________ seperti cuka.
    a)    manis                 
    b)   masam           
    c)    pahit                              
    d)    masin
    4.   Kerja yang dilakukan secara ___________ tidak akan sempurna jadinya.
    a)   gopoh                  
    b)   lampat              
    c)   cepat                          
    d)   cermat
     5.   Ada ramai ibu bapa yang datang bertemu dengan saya untuk mengikhtiarkan masalah anak-anak mereka yang ___________ dan tidak mendengar nasihat mereka.
    a)   gembira              
    b)  degil                 
    c)   peramah                     
    d)   berahi

LATIHAN TATABAHASA 4: PENJODOH BILANGAN


ARAHAN : Anda dikehendaki membina ayat berdasarkan penjodoh bilangan yang diberikan dengan betul.
1. sepasang kasut :
 _________________________________________________________
2. sepasang anting-anting :
 ___________________________________________________
3. sekaki payung :
 ________________________________________________________
4. segundi beras  :
 ___________________________________________________
5. sebentuk cincin :
 ___________________________________________________________

LATIHAN TATABAHASA 3: IMBUHAN

Latihan Imbuhan - Isikan tempat kosong dengan imbuhan yang sesuai 
 
ARAHAN : Letak imbuhan yang sesuai pada kata dasar yang diberikan dalam ayat.
1.  _____________  (tulis) yang terkenal itu sepupu saya.
2. Abang sedang ______________ (tulis) sepucuk surat kepada kawannya di Amerika.
3. Tolong _____________________ (letak) beg ini di atas meja itu.
4. Rumah Ali _____________________  (letak) di atas bukit.
5. Jangan ___________________ (dekat) pemuda itu kerana dia kepala angin.

LATIHAN TATABAHASA 2: SIMPULAN BAHASA

SIMPULAN BAHASA
ARAHAN: Sila isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
Batu api                   Ringan tulang              Ayam tambatan                        
                       Ulat buku                             Buah tangan
11.      Fatimah seorang yang …………….. kerana dia selalu membantu ibunya berniaga.
22.      Fira cemerlang dalam pelajaran kerana dia seorang ……………….
33.      Kakak membawa ..……………  semasa menziarah sahabtnya yang sakit di hospital.
44.      Aris menjadi …………… bagi pasukan bola sepak sekolahnya.
55.      Milah suka menjadi …………..dalam pertelingkahan Siti dan Ros.

ARAHAN: Bina 5 ayat berdasarkan simpulan bahasa yang diberi.
Kaki bangku             Tangan panjang             Hati batu              
                     Rabun ayam                       Buah hati

LATIHAN TATABAHASA 1: NILAI MURNI

ARAHAN: Berdasarkan pantun 4 kerat di bawah senaraikan nilai-nilai murni yang terdapat dalam pantun tersebut.
Pergi mendaki Gunung Daik,
Hendak menjerat kancil dan rusa ;
Bergotong-royong amalan yang baik,
Elok diamalkan setiap masa.


Terang bulan di malam sepi,
Cahaya memancar ke pangkal kelapa; 
Hidup di dunia buatlah bakti,
Kepada ibu dan juga bapa.

Budak-budak berkejar- kejar,
Rasa gembira bermain di sana;
Kalau kita rajin belajar,
Tentu kita akan berjaya.

Buah cempedak bentuknya bujur,
Sangat disukai oleh semua;
Jika kita bersikap jujur,
Hidup kita dipandang mulia.